cengkih

Semua ketentuan Allah itu ada hikmah.
SEMUA.
tidak ada yang terkecuali.

Sayangnya,
Hikmah itu bukan macam cahaya lampu yang sekali petik suis kita boleh keluar dari kegelapan.
Sayangnya hikmah tu kadang kita tak dapat jumpa sambil senyum sengih gelak ketawa.
Sayangnya hikmah tu kadang kita tak dapat tengok dengan mata kita, hatta even if kita tak buta.

Sayang sangat sangat.
Dan lebih malang bila kita berhenti percaya kerja dan ketentuan Tuhan bila kita kata aku tak nampak apa yang baik dalam semua yang sedang berlaku.

Percaya tak?
Kadang Hikmah tu ajaib.
Cuma Allah yang tahu.
Dan kita cuma akan jumpa kalau DIA nak tunjuk.
Dan kalau tak pun,
Maknanya DIA cuma mahu kita percaya pada DIA.

Mengadu dan mengakulah.
“Tuhan, sungguh aku tak tahu apa kebaikkan yang kau sembunyikan dalam takdir hidupku,
Tapi aku percaya KAU pasti punya sebab yang baik.
Dan bantulah aku untuk percaya dengan sepenuh hatiku.”

(via tersenyum-melihat-langit)

Sungguh tak dapat dinafikan.
Terkadang musibah itu Tuhan hadirkan.
Cuma nak datangkan kesedaran.
Yang kita ini manusia yang penuh dengan kelemahan.

(via cengkih)